Thursday, September 15, 2011

Makanan, Budaya, Perayaan, Teknologi, Tradisi Atau Kreativiti… ^^






Lemang Bakar atau Lemang Kukus…

Lemang Bakar adalah Lemang Tradisi…Lemang yg dimasak melalui tradisi turun menurun masyarakat melayu…menggunakan arang

Seringkali atau kebiasaan penjual menjual lemang bakar…mengikut tradisi…namun ia juga mempunyai nilai kontra…krn lemang kukus lebih lembut…sedap dan senang dibuat berbanding lemang bakar…lemang kukus mengalamai revolusi atau perubahan drpd kreativiti penduduk utk mencari kaedah lain utk memasak lemang yg menghasilkan lemang yg lembut dan enak…seperti sekarang ada periuk khas yg boleh menyediakan lemang tanpa buluh…dan ada juga yang membalut lemang dgn daun pisang kemudian dikukus dlm periuk pengukus selain itu juga ada makanan ready made lemang yg diletakkan pulut didalam plastik dan hanya perlu rebus…mudah dan senang disediakan…lebih lembut dan tidak berkerak…Cuma ia bukan kaedah tradisi drpd masyarakat dulu…

lemang bakar (lemang buluh), jika api terlalu marak…boleh menyebabkan lapisan luar lemang menjadi keras dan tidak sedap…walaubagaimanapun lemang bakar lebih tahan lama berbanding lemang kukus…krn kebisaannya dibakar lama…(berjam2)…kaedah masaknya juga mengambil masa yg panjang dan berperingkat …krn perlu mencari buluh yg sesuai, memotong dan seteruskan perlu dibakar dgn arang…kosnya lebih tinggi berbanding dgn lemang kukus…

Jika diberi pilihan…sy menyukai lemang kukus…krn kaedah yg mudah…rasa yg lembut…dan boleh menghasilkan dlm kuantiti yg banyak serta ia juga “save environment”…namun sy tidak menolak…yg lemang bakar harus dikekalkan krn ia adalah tradisi…bermakna apabila lemang itu dibakar mengingatkan kita tentang kampung, ibubapa dan sebagainya…yg merupakan “calture” atau budaya masyarakat dulu menyambut hari raya…


Contohnya ketupat palas….dimasak di Utara Tanah Air…Jika anda biasa beraya di Utara Tanah Air…Ketupat palas menjadi juadah utama di sana dihidangkan bersama2 lemang bakar…

Berbeza di Selatan Tanah Air…selain lemang yg merupakan juadah utama…nasi himpit juga dihidangkan bersama-sama kuah kacang atau kuah lontong (masak lemak) yg jarang dihidangkan di Utara tanah air… dahulu nasi himpit dibuat drpd daun ketupat dan kini ia dibuat drpd plastic dgn cara yg lebih mudah…dlm bentuk ready made


Ketupat palas mengalami perubahan rasa seperti pulut hitam dicampur bersama2 pulut putih dlm daun palas…

Kini lemang dikormesialkan menjelang bulan Ramadhan dan selain lemang, nasi impit, rendang, kuah kacang turut dijual sepanjang tahun di pasaraya seperti Tesco dan sebagainya

Dodol

Zaman dahulu dodol digaul sehingga berjam2…namun dgn teknologi dodol dihasilkan lebih lembut dan cantik…ia mengalami perubahan krn mesin digunakan boleh mengaul dodol dgn kadar yg sekata dan kelajuan yg sama berbeza jika menggunkan tenaga manusia…namun ia juga mempunyai kelemahan…

Jika dulu masyarakat setempat menjalinkan hubungan yg rapat…saling membuat gotong royong namun nilai ini akan terhakis krn teknologi…krn sains dan teknologi memudahkan kehidupan kita…sains wujud dlm bidang makanan seperti perindustrian makanan…

Contoh dahulu ada gotong royong kenduri kawin skrg tak perlu sbb buat catering...kita hanya bayar dan segalanya disediakan oleh pihak catering…maka tidak memerlukan aktiviti gotong royong…

Pertambahan penduduk yg bekerja…zaman kian maju…masyarakat kian sibuk…dahulu lelaki memonopoli bidang pekerjaan…namun kini wanita dan lelaki seiring kerna kos kehidupan …kebiasaan masyakat sibuk bekerja…membuat aktiviti harian seperti bekerja,futsal, riadah maka terjadinya perubahan pemakanan…masyarakat inginkan makanan yg mudah dan cepat disediakan…jadi wujudnya frozen food…seperti frozen currypuff atau dlm bahasa melayu karipap sejuk beku (curry puff adalah karipap)…frozen pizza…frozen breaded chicken…frozen pau ready made yg memudahkan aktiviti manusia…hanya bakar didalam ketuhar dan makanan sudah siap…ia direvolusi drpd US krn warga us biasanya bekerja dan jadual aktiviti yg padat…maka wujudnya kilang membuat makanan segera…di US…Speggeti Carbonara atau Bolognese di frozenkan dan masyarakat disana jika membuat mesyuarat pejabat hanya menyediakan frozen food dan bakar dlm ketuhar…kemudian siap…








Tidakkah anda pelik mengapa banyak restaurant fast food dan restaurant lain hingga berkembang pesat…punca utama ialah masyarakat kini lebih cenderung sibuk…mereka sibuk bekerja…menguruskan keluarga….mereka inginkan makanan dgn cara yg mudah…cepat …maka wujudnya fast food…McDonald…KFC…

Rumah Tradisi atau Rumah Batu

Jika pulang ke kampung pastinya…ada rumah tradisional dan ada rumah batu…
Di zaman moden ini kebiasaan rumah didirikan drpd batu…jarang drpd papan atau berasaskan kayu…namun tahukan anda rumah tradisi semakin lama semakin tinggi nilainya…

Org zaman dahulu membina rumah tradisi iaitu mempunyai tiang kayu dibawahnya dan perlu menaiki tangga kerana pada zaman dahulu…masyarakat melayu menjalankan aktiviti menangkap ikan (adalah sumber utama) dan bercucuk tanam… mereka kebiasaannya tinggal di persisir pantai dan ada juga di dalam hutan…tujuannya adalah utk mengelak drpd rumah dinaiki air atau banjir dan melindungi diri drpd binatang buas…dan menjadi budaya kemudian seterusnya menjadi kemestian utk mendirikan rumah sebegini bagi maysrakat melayu dahulu...

Sedar atau tidak…di zaman moden ini nilai kayu utk membuat rumah adalah lebih tinggi kerana sumbernya kian terhakis…zaman dahulu kayu mudah didapati… semakin lama ia semakin susah dan utk mendirikan rumah sebegini juga lebih rumit…menyebabkan nilai utk membinanya lebih tinggi..dan penjagaannya rumit…sbb itu rumah kayu perlu dicat tiner...utk mengelak anai2 dan warna menjadi cantik

Ironinya jika anda ke negara2 lain rumah sebegini jarang dijumpai…sbb utama adalah musim di Malaysia panas dan lembab sepanjang tahun…Malaysia mengalami hujan sepanjang tahun…maka seringkali tanah lembab…zaman dahulukala simen mahal dan sukar didapati…maka wujudnya rumah beralaskan papan diatas…bertiangkan kayu…krn itu apabila pelancong asing dtg ke Malaysia mereka akan dtg ke home stay yg kebiasaan didirikan drpd kayu…

Jika diberi pilihan saya akan memilih rumah sebegini (rumah kampung) krn keunikan dan suasana yg berbeza jika dibandingkan dgn rumah batu…seumpama kereta antik…walaupun tidak selaju atau canggih kereta zaman kini…namun ia menggamit memori zaman dahulu atau dlm era penciptaannya maka kini nilainya menjadi tinggi serta pengeluarannya tidak banyak berbanding skrg yg bersifat kormesial…dikeluarkan dlm kuantiti yg banyak mengikut permintaan pelanggan...

Walau kita menempuh abad ke20 namun tradisi tidak boleh dilupakan begitu saja namun kita juga tidak boleh menolak Teknologi kerana ia memudahkan kehidupan harian kita…

Sa'adah Zailan...

No comments:

Post a Comment